TM oh TM

Posted: November 22, 2008 in Internet
Tags:

Alahai…. Telekom Malaysia aka TM. 

Apa nak jadi la dengan company gergasi Malaysia yang satu nie. Betul-betul mengecewakan aku dan menaikkan paras kemarahan aku yang terpendam nie. 

Aku register line telefon dan internet hari Isnin lepas (17 Nov 2008) kat TMPoint Kelana Jaya. Tapi sampai sekarang, line telefon tak activate lagi (Sabtu, dah 6 hari dah). Giler ke apa… Apa la yang lama sangat nak activatekan line telefon aku tuh. Pasang dah. Telefon dah ada lampu kalau gagang diangkat tapi masih tak ada bunyi. Mengabihkan kredit handphone aku jer call TM Call Center dan contractor yang pasang telefon tu. Tak ada response langsung. 

Satu lagi yang aku bengang dengan contractor TM tuh. Syarikat 6228. Time pasang, nak amik RM30 mmg la baik, kata “Abang, kalau ada apa-apa masalah, call nombor nie k. Line akan diaktifkan dalam tempoh 24jam:”. Ayat nie dia kata pada hari rabu, lepas dia pasang telefoon tu. Tak pasal2, aku kena ambil halfday sebab nak bagi dia pasang telefon kat rumah. Aku dengan naifnya…anggukla, tak expect la, selepas 24+24+24 (72 jam) line telefon aku masih tak diaktifkan lagi.

Apa kejadahnya dalam zaman yang semua pakai computer dan PDA nie, nak aktifkan satu line telefon perlu sampai 3 hari. Dan apa kejadahnya aku sebagai customer kena tunggu sampai lebih dari seminggu utk dapatkan talian telefon aku.

Yang tambah membengangkan aku, tm-net team dia tak akan start aktifkan streamyx aku selagi line telefon aku tak activate. Kalau dah macam nie work culture tm, pakai 2 minggu la aku kena tunggu utk dapat streamyx aku. Gila babi betul. Kalau macam nie yang jadi, gomen pun wat kejer lagi laju. Gomen nyer staff pun sekarang dah friendly dan professional dah. Tapi, bila aku berurusan dengan compony corporate macam nie, tak expect la service diorang, Ya Rabbi, amat mengecewakan. Seriously, aku amat kecewa dengan prestasi kerja TM.

Aku dah complain kat TM 3 kali, tapi x ada apa apa tindakan yang diambil. Adoi. Semua nie mula pada hari Selasa iaitu sehari selepas aku register. Sorang awek claim, call dari TM kata nak hantar technician pasang line telefon kat rumah aku hari Selasa, iaitu esoknya. Aku pun minta la excuse dari manager aku utk amik time-off sebab tak dek saper kat rumah. Tapi hampeh, cakap jer lebih. Tunggu punya tunggu, saper pun tak datang. Bengang la. Call cakap hari rabu nak datang, bila kita dah tunggu, tak datang plak. Habiskan time-off aku jer. Then, aku call TM la…apa dah jadi nie. Cakap hari rabu nak hantar orang. Sorang awek tu pun cakap la…:”Owh..kami akan semak dengan bahagian pemasangan yer…Diorang akan call En. XXXX nanti”. Hati dah panas dah. Tapi sabar lagi. Pukul 12 thari, ada la sorang technician call, En. Rashid. Kata nak pasang dalam pukul 1. Aku pun rush balik time lunch utk tunggu dia. Pukul 1.50 pm baru pasang. Pukul 2 aku rush balik masuk kejer. Giler tul. … Semua nie aku buat dengan harapan, by the moment Izzi aku habis (hari ahad), aku leh pakai Streamyx. Tapi haram…. haram yang sebenar-benar haram. Hari ahad nie, line telefon aku pun tak diaktifkan lagi. Bangsat betul. 

Alahai…stremyx tak masuk pun lagi…tapi sakit hati, kepala dan jiwa dah aku lalui. TM….. ko memang slow. Slow pada standard hari nie. Kalau 20 tahun dulu ko perlukan seminggu untuk aktifkan satu line telefon, aku terima lagi..tapi tahun 2008 cam nie… tak masuk akal langsung ko perlukan labih dari seminggu utk aktifkan satu line telefon. Apa masalahnya??!! Complain dah diaju secara berhemah..takkan la awek yang aku call kat TM Call Center tu sekadar jawab telefon dan tutup kes kat situ jugak.

Aku dah tak kira dah. Hari Isnin nie, bergegar la TMPoint Kelana Jaya. Nak cakap apa cakapla…yang nyata aku mmg tak puas hati dengan TM dan contractor-contractor nya. Sampai hari nie, aku call contractor yang pasang phone aku tu, tak pernah diangkatnya telefon… bingai tul.

Aghh… TM Sucks. Sucks big TIME. Government should split TM into half and let they compete. Asalnya TM nie pun datang dari duit cukai rakyat per. Telekom Malaysia pada asalnya adalah milik kerajaan yang diswastakan. Tapi bila dah swasta camnie, habis habisan dia exploit kuasa monopoli dia. 

Woi TM… cepat la process aku punya line telofon dan streamyx…. GRRR

 

Note : Copy paste to complaint for TM.

Comments
  1. expertester says:

    tanya punya tanya..rupanya masalah line telefon aku yang tak diaktifkan tu bukannya salah tm tapi salah contractor tm tu. Mudah kata, salah technician yang mai pasang telefon kat rumah aku tu. Sama ada dia tak report kat HQ dia kata line kat sini dah pasang ataupun dia report salah nombor.

    isnin lepas line aku dah activate, petang tu jugak tm register kan streamyx aku.

    Dapat aktifkan streamyx hari nie, rabu via sms.

  2. mike says:

    hari jumaat 19/12 aku gi TMcLICKERS.. wiring kat umah dah ade cuma x hidup je.. amoi kat TMclickers tu kata leh daftar phoneline dan streamyx kat situ.. dalam seminggu org contractor akan dtg check tone kat umah aku..dlm seminggu dia kata..skang nih dah semingu dah..ngam2 ho..still blank..tapi ade juga yg aku baca kat internet… paling kurang pun 2 minggu baru nak mai setup kat line tu..2 minggu?? WTF??!!

  3. expertester says:

    Uish… tak sampai camtu sekali bro. Somethng wrong somewhere nie. Kalau area tu mmg dah ada streamyx coverage dan rumah kau mmg dah ada fix line, contractor tu patut datang dalam 2 ke 3 hari jer. Call TM…tanya per hal sampai seminggu x dek citer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s