Posts Tagged ‘Life’

Aku & Internet (1998 – 2008)

Posted: January 16, 2008 in Internet, Life
Tags: ,

Kali pertama aku kenal internet sekitar tahun 1997. Waktu tu, aku hanya kenal dua website jer,

  • Hotmail
  • Altavista
Altavista 1998
Altavista 1998

Yang bestnya, hotmail aku pun time tu minta kawan tolong setup kan.

Masuk tahun 1998, SPM dah settle. Punya la excited nak amik tahu pasal internet. Sanggup aku pergi beli Xircom PCMCIA modem (RM 500.00 sharp) dan subscribe Jaring. Semua pakai duit sendiri. Nak setup internet sendiri pun (time tu bukan macam sekarang nie, semua plug n play), kedai minta bayaran RM 50. Kalau nak diorang ajar, in case aku format PC aku sendiri, diorang suruh aku bayar RM 100.00. Giler tul. Last sekali, aku try and error jer la…huhuhu.

Zaman tu, blog semua tak wujud lagi. Semuanya static HTML website (ada la 4-10 pages, ada gambar sket, biografi sket). Personal website dah mula la berkembang terutamanya program macam Frontpage dan WYSIWYG html editor dah mula membanjiri pasaran. Aku pun start dengan Frontpage. Buat la website setiap kali cuti semester (UTM). Bapak aku mengamuk giler, setiap kali balik ke kampung, bil telefon lebih RM 200 kat internet jer. Kalau tiga bulan cuti, noh, RM 600 ++ kena bayor. Dah le tu, slow kan main. Modem aku jer 56kbps, tapi sebab rumah area aku tu copper wire dia hampeh dot com, aku dok dapat below 32 kbps.

Streamyx ke, izzi ke broadband ke mana wujud lagi time tu. 56 kbps tu, kalau dapat achieve mmg god bless la. Sedangkan cyber cafe pun masih ada yang pakai 56 kbps punya line. Masih aku ingat, bila aku gi CC, nak bukak email (hotmail time tu) pun, sempat aku bukak IRC dan login dan kenal seorang pompuan (la nie dah jadi bini aku dah). Punya la lambat CC tu (nama dah lupa, location : Taman U, Skudai). Kalau CC yang hebat sikit, diorang guna 2 x 56 kbps punya line. Ultimate CC solution at that period, ISDN la. Ada la satu CC pakai ISDN, siap advertise besar besar lagi dia pakai ISDN. So dia charge RM 2.50 sejam pun orang sanggup pi. Termasuk la aku.

Bila broadband (ADSL) dan start penetrate Malaysian market, baru la nampak perubahan drastik. CC pun tiba tiba bercambah macam cendawan selepas hujan. Harga pun sampai ada semurah RM1.00 sejam (nie harga CC yang tak upgrade ke streamyx lagi la). First time TM-Net introduce streamyx, harga masih mahal giler. Lebih RM 100 utk 512 kbps, sampai la Tun Dr Mahathir tegur TM-Net, baru la TM-Net turunkan harga ke RM 88.00 utk 512 kbps, dan lepas tu dia senyap senyap upgrade ke 1.0 Mbps dan sekang nie dah 1.5 Mbps.

Even so, streamyx skrg nie, walaupun top speed dia laju (bagi standard Malaysia), dia tak stabil. Senang DC dan yang org paling bengang traffic shaping utk pengguna torrent. Sebelum tahun 2005, seingat aku, guna streamyx mmg heaven la. Tak DC, laju, betul betul rasa evolusi dari 30 kbps dapat 512 kbps then 1.0 Mbps. Skrg nie, aku pun tak subscribe streamyx dah. Aku subscribe Izzi. Bagi aku streamyx too slow (in term of customer service response), senang DC (camner la nak torrent kalau DC setiap 20 minit), dan TM-Net aktif giler dok slow kan torrent. Macam cat and mouse. Diorang crack method A, tak lama lepas tu TM-Net berjaya utk shapping kan. Pastu tu, kecoh method B, tak lama lepas tu, sama jer nasibnya. Sebab tu aku amik Izzi (tak selaju streamyx tapi tak pernah DC, so torrent aku walaupun seeder dia tak banyak, boleh dapat constant speed. Dan torrent tak kena shape lagi.). Kalau Izzi pun shape torrent, defenitely aku lompat pi streamyx balik la. Pastu subscribe VPN atau TorrentFlux service, tak pun RapidShare account.

Skrg nie, baik generasi muda atau agak veteren, internet dah kira satu kewajipan dah. PC ada internet, mana-mana IPT ada wifi diorang, hotspot pun makin banyak, even handphone pun dengan 3G internetnya. Sekarang pun, jarang org kata, “try to search in the internet”, sebaliknya “why dont you google it”. Boleh kata apa ja kita taip kat internet la nie, semua content tu ada.

Bayangkan la Internet tahun 2018 kelak.